TIPS MENGHALANG KECURIAN


Hallu kawan2...cmt pagi sume..
ari niyh cm bese lah rutin harian ak time pagi2 kt opis..
pas bekpes ak trus bukak email yahoo ak..
so ak de dpt satu artikel niyh la...
psl tips nk elakkan umh kowg kne curi..
x kesah lah motor kne curik ker, kucing kesayangan kne curik ker..hoho
amat berguna weyhhh tips niyh..
kt bwh niyh kowg bcelh yerk...hehehe..
malas ak nk bebel panjang2..
nnt kowg rimas lak..
ngggeeeee~


Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.

Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.

Tips menghalang kecurian

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00 mlam).


so, kowg da dpt kn tips2 nye..
byk ler gk..
berguna tuh..
x kesah lah kowg da kawen ker lom tp still kne jge diri gk kt umh or dimana jua anda berada..
so better kowg carefully k..
klu tkut sgt or x tau nk wt pe da kowg jerit jerk smpi satu taman or kampung kowg dgr..
smpi kuar anak tekak tuh..
hehe.. 
x de spe nak marah eyhhh..
except la klu kowg melalak tgh malam buta, terpekik telolong x tentu psl
memang owg hangin lah kn..
huhuhu...
k lah kawan2..
jmpe lagi...
tata

credit to : espace 9808


KENALI 10 PENGGODAM BERPROFIL TINGGI


Di pagi yang mulia ini, (cewah) , ak nk kongsi la satu fakta ker artikel erk? lantak p lahhhh...haha..
kowg mesti da slalu dgr kn psl godam2 niyh...
spe yg x pnh dgr or tau tuh..
meh cni meh ak nk kongsi ngn kowg..

Apa yang anda tahu tentang penggodam (hacker)? Penggodam adalah orang yang menceroboh sistem komputer atau sistem laman web. Mereka ini menceroboh masuk sistem web dan mencuri maklumat-maklumat yang penting terdapat dalam sesebuah laman web itu.Contohnya akaun bank, gambar peribadi, dan lain-lain lagi. Di bawah ini adalah senarai 10 penggodam yang berprofil tinggi. Namun di antara mereka ini bukanlah menceroboh sesuka hati untuk kepentingan sendiri. Di antara mereka ini banyak membantu kerajaan untuk mencari dalang pengodam yang lain.

Mari kita lihat senarai 10 penggodam berprofil tinggi:-


Jonathan James

Nama beliau terkenal apabila beliau bersama seorang rakannya yang berbangsa sweden (Fredrik Bjoerck), mampu memcari orang yang bertanggungjawab mewujudkan dan menyebarkan virus "Melisa Mac"Pada tahun 1999.Beliau juga pernah membantu Biro Penyisatan Persekutuan Amerika Syarikat(FBI) untuk mencari pengkhianat yang disyaki menghantar virus "ILOVEYOU" yang melumpuhkan sistem komputer seluruh dunia.



Adrian Lamo


Seorang juruanalisis ancaman,penggodam serta pemberi maklumat kepada kerajaan.Beliau mampu memecah masuk ke tapak web The New York Times,Yahoo!News dan Microsoft.Namanya dikaitkan dengan pembocoran dokumen perang Afghanistan oleh tapak web wikileaks serta pendedahan video serangan Helikopter di Baghdad 12 Julai 2007


Kevin Mitnick

Seorang penggodam komputer yang paling dikiehendaki di Amerika sekitar 90-an.Pada umur 12tahun,Mitnick menggunakan kejuruteraan sosial(social engineering) untuk menaiki bas secara percuma di sekitar Los Angeles,Pada 1979 ketika beliau berumur 16 tahun,dia dapat mengakses rangkaian komputer.Dia juga pernah didakwa pada tahun 1988 atas kesalahan menceroboh rangkaian komputer DEC.Sepanjang kerjayanya sebagai penggodam,dia telah berjaya mengakses ribuan rangkaian termasuk Nokia,Motorola,SunMicrosystem dan NEC.Pada 2000sebuah filem mengenai Mitnick berjudul TAKE DOWN telah diterbitkan.


Kevin Poulsen

Poulsen pertama kali menggodam adalah melalui talian telefon distesen radio KIIS-FM di Los Angeles.Beliau terkenal sejak melakukan penipuan digital dengan menagku menjadi pemanggil ke-102 hanya untuk mendapatkan wang bagi membeli Porsche.Pihak polis pernah menangkap Poulsen dan beliau dipenjarakan selama 3tahun selepas menggodam 1,800 talian telefon.Kini beliau berkhidmat sebagai wartawan.


Robert Tappan Morris

Merupakan anak dari ilmuwan National Computer Security Center yang merupakan sebahagian dari National Security Agencies(NSA).Dia menjadi penggodam ternama selepas berjaya menginfeksi ribuan komputer yang terhubung dalam jaringan.Dia kemudian menulis Worm Internetyang popular pada tahun 1988.


Stephen Wozniak

Terkenal sebagai pengasas bersama Apple.Ketika melanjutkan pelajaran di University of California,Wozniak menghasilkan alat yang dinamakan"bluebox" yang membolehkan rakan-rakannya menelefon secara percuma,Namun Wozniak bekerja dengan pencipta komputer apple(Steve Job) selepas menamatkan pelajaran.


Tim Berners-Lee

Seorang saintis terkemuka yang berjaya menghasilkan dan merevolusikan perkongsian maklumat digital pada hari ini.Beliau adalah pencipta "www"iaitu dunia web yang paling pesat berkembang dalam sejarah manusia,teknologi yang berjaya menyatukan kaedah perhubungan berdasarkan internet.Meskipun beliau berjaya menghasilkan pembaharuan dalam dunia teknologi,beliau tidak pernah menjual ciptaannya kerana bagi beliau setiap maklumat bebas dikongsi bersama di seluruh dunia.


Linus Torvald

Penggodam yang mengembangkan sistem operasi Linux,gabungan dari"LINUS MINIX" . Kini sistem Linux menjadi sistem operasi "default"penggodam.Beliau kemudian membangunkan LINUX versi awal bersama Richard Stallman untuk mengembangkan kernel Linux.


Richard Matthew Stallman

Pada September 1983 beliau melancarkan Projek GNU[4] untuk mencipta sistem pengendalian ala Unix bebas dan beliau dalah pengurus serta arkitek utama.Pelancaran Projek GNU ,beliau berjaya membentuk gerakan perisian bebas .Pada oktober 1985 beliau menubuhkan Yayasan Perisian Bebas.


Tsutomu Shimomura

Penggodam yang berjaya membantu Amerika Syarikat menangkap seorang penjenayah internet yang sangat dikehendaki iaitu Kevin Mitnick pada tahun 1994.

ha..so da tau da kn spe penggodam yg hebat di dunia niyh..
klu spe2 nye kne godam kowg crilh diowg k..
hahahahahaha..
hebat sungguh mereka sume niyh..
mmg pakar IT tol..
abeh sume klu leh diowg leh godam ngn sngnye..
tp kebanyakkan nye mereka2 niyh berbakti kpd kerajaan masing2..
so bgus lah..
tp jgn cbe2 nk godam akaun owg lak yerkkkkkk...
k tata..

credit to : espace 9808

selamat petang kawan2..
pada hari niyh ak bertungkus lumus lah tuk menyiapkan blog ak spya nmpk lbh kiut,menawan n sodap mato momandong eyhhhh!!! (ckp noghori pulak ak niyh) hehehehe..
smpi skit pinggang ak dok siapkan bnde alah niyh haaaaa...
kdng2 nek tension gk..
nek fedup n give up pn de gk..
tp akhirnye ak berjaya wt!!!
hahahahaha
ak godek sne godek sni owg len nye blog
ak nk ucapkan terima kasih la pd owner blog tue...
x kerane die lh ak berjaya wt..
hohohohohoho...
yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!
but edit mengedit niyh still in progress lah yerkkk..
x ckup perfect lg..
hehehehe..
k la 
tata